Pilih satu Halaman

UJI SELALU

Menjalani ujian HIV dan penyakit kelamin (ataupun STI) adalah perkara yang serius, dan kami tahu bagaimana ia boleh membuatkan anda berasa gemuruh. Kami ada di sini untuk memberitahu supaya anda tidak berasa seperti itu.

Lakukannya Sekarang

Menikmati ‘fun’ boleh jadi cepat dan mudah – begitu juga dengan mendapatkan ujian HIV dan STI. Kini, anda boleh ketahui status anda dengan lebih pantas dan mudah berbanding dulu.

Ucapkan selamat tinggal kepada berbulan-bulan penungguan dan kerisauan. Gunakan kit ujian yang berketepatan tinggi dan menghasilkan keputusan dengan cepat. Apa yang perlu ialah sedikit masa dan kesabaran untuk memberikan anda kepastian dan keyakinan.

Lakukannya Di Mana-mana

Tidak sukar untuk mendapatkan ujian HIV, kerana banyak klinik, hospital dan pusat kesihatan komuniti ada menawarkannya. Tempat-tempat ini akan mengendalikan ujian anda dengan penuh kerahsiaan – apa yang berlaku di klinik akan kekal di situ.

Sesetengah klinik menawarkan ujian pantas HIV dan STI pada harga yang murah, dan ada juga yang menawarkannya secara percuma. Ada juga yang menyediakan ujian latar HIV dan STI dengan harga yang tertentu.

Apakah yang boleh anda jangkakan?

Ujian HIV

Banyak klinik melakukan ujian HIV tanpa nama – anda tidak perlu berkongsi maklumat peribadi anda, nombor kad pengenalan anda, atau nama sebenar anda. Anda boleh menggunakan Pencari Klinik untuk melihat di mana anda boleh mendapatkan ujian HIV tanpa nama.

Semua Klinik Kesihatan kerajaan secara prinsipnya menawarkan pengujian tanpa nama tanpa meminta butiran kad pengenalan atau maklumat peribadi anda, tetapi ini mungkin berbeza antara satu klinik dengan klinik yang lain. Sesetengah klinik swasta mungkin memerlukan butiran peribadi semasa pendaftaran. Jika ada keraguan, telefon dahulu untuk bertanya.

TYPES OF HIV TEST

Klinik atau Pusat pengujian mungkin berbeza pilihan ujian HIV, bergantung kepada ketersediaan. Setiap ujian mempunyai tempoh pengesanan atau “window period” yang berbeza, iaitu masa yang diambil untuk merumuskan pengesanan jangkitan.

  • Ujian antigen HIV mengesan kehadiran bahan yang dihasilkan apabila HIV menjangkiti tubuh anda. Ia mempunyai tempoh pengesanan 1 bulan. Kit ujian pantas menyediakan keputusan dalam masa 15-20 minit.
  • Ujian antibodi HIV mengesan kehadiran protein yang dihasilkan oleh sistem imun yang bertindak balas dengan kehadiran antigen HIV dalam darah anda. Ia mempunyai tempoh tetingkap 3 bulan. Kit ujian pantas menyediakan keputusan dalam masa 15-20 minit.

  • Ujian serologi HIV mengesan kehadiran virus di dalam badan. Ia mempunyai tempoh tetingkap antara 1-2 minggu, namun masa pemprosesan makmal atau klinik mungkin melewatkan keputusan anda selama beberapa hari hingga beberapa minggu.

Anda boleh menjangkakan sebarang ujian dijalankan dalam persekitaran yang mesra dan selamat oleh para kaunselor berpengalaman, yang akan membimbing anda dalam setiap langkah dan juga menyediakan nasihat dalam memastikan anda mempraktikkan seks selamat. Sesetengah klinik kerajaan mungkin akan melaksanakan ujian dalam kawasan awam, seperti di bilik menunggu – Jika perkara ini terjadi anda boleh memohon ujian diadakan di kawasan terlindung.

Kaunselor yang menjalankan ujian anda akan membincangkan profil risiko anda sebelum melakukan ujian pantas. Kemudian, sampel darah anda akan diambil, sama ada melalui penyucuk jari atau menggunakan jarum.

Keputusan Kit Ujian Pantas HIV biasanya akan dikembalikan kepada anda dalam masa 30 hingga 45 minit. Anda akan mempunyai peluang untuk berbincang tentang keputusan anda bersama kaunselor yang menjalan ujian anda.

APA YANG BERLAKU DI SESI UJIAN HIV?

Langkah 1

Mendaftar di kaunter.

Langkah 2

Perundingan pra-ujian bersama doktor, jururawat atau kaunselor.

Langkah 3

Sesi ujian dilakukan. Satu cucukan darah diperlukan

Langkah 4

Tunggu Ujian Pantas mengeluarkan keputusan.

Langkah 5

Keputusan dan kaunseling pasca-ujian.

Langkah 6

Langkah seterusnya di tangan anda!

Pengujian STI

If you’re testing for STIs, a sample of your blood will be taken, and it will be processed in a laboratory. Your test results will be returned to you in two days to two weeks or more depending on the service. Clinics with on-site lab facilities can take as fast as two hours.

APA YANG BERLAKU DI SESI UJIAN STI?

Langkah 1

Mendaftar di kaunter.

Langkah 2

Perundingan pra-ujian bersama doktor, jururawat atau kaunselor.

Langkah 3

ujian dilakukan. Mereka mungkin memerlukan untuk mengambil
darah menggunakan jarum dan picagari.

Langkah 4

Tunggu sementara darah anda dianalisis di dalam makmal.

Langkah 5

Keputusan dan kaunseling pasca-ujian.

Langkah 6

Langkah seterusnya di tangan anda!

Sesetengah klinik mungkin ada juga menawarkan Pakej Penuh Ujian HIV dan STI. Walaupun ianya adalah cara yang bagus untuk mengetahui keseluruhan status HIV dan STI anda, ujian pantas HIV dan STI sama sahaja ketepatannya, dan mengambil masa yang kurang dan lebih murah.

Gunakan Clinic Finder kami untuk mengenal pasti pilihan anda bagi ujian pantas dan tanpa nama HIV dan STI. Tidak perlu kad pengenalan, tidak perlu menunggu, tidak mengarut.

Lakukannya Secara Berkala

Anda lebih penting daripada anda sangka! Setiap orang dalam komuniti kita sangat penting dalam menghentikan HIV. Oleh sebab itu, adalah penting untuk menjaga diri anda, pasangan anda, dan ahli komuniti yang lain juga.

Ini apa yang anda boleh lakukan:

  • Dapatkan ujian sekurang-kurangnya setiap enam bulan sekali, dan lebih kerap jika anda aktif dalam seks, tidak menggunakan kondom, atau
    melakukan chem fun.
  • Anda baru terlanjur? Jika anda rasa anda mungkin telah terdedah kepada HIV, dapatkan ujian HIV secepat mungkin dan berbincang dengan doktor atau kaunselor anda tentang penggunaan PEP dalam tempoh 72 jam.
  • Anda sibuk dengan kehidupan. Anda kadangkala terlupa, dan kami faham. Sertai program Loyal Tester untuk mendapatkan peringatan ujian peribadi, dan juga pelbagai faedah lain hanya untuk anda.
  • Ingin mendapatkan kepastian? Jalani juga ujian sifilis, gonorea, klamidia dan STI lain. Gunakan Pencari Klinik kami untuk mencari pusat pengujian berhampiran anda, dan bertanya kepada kakitangan untuk maklumat lanjut.
  • Lakukan bahagian anda dalam membantu orang lain dengan mendidik diri anda tentang HIV/AIDS dan bagaimana untuk mengurangkan risiko anda mendapatkan virus itu. Klik sini untuk mengetahui bagaimana anda boleh membantu orang lain.

Mendapatkan ujian secara berkala memastikan anda mengetahui status anda. ini membenarkan anda menimbangkan pelbagai pilihan yang anda boleh ambil bagi memastikan status HIV negatif anda dan pasangan seks anda, seperti penggunaan kondom, PEP and PrEP.

 

 

Apa yang saya perlu buat jika diuji HIV positif?

Jika anda diuji HIV positif, tidak perlu takut – bantuan ada tersedia. Pusat pengujian anda akan merujuk anda kepada sebuah hospital, di mana anda boleh pergi mendapatkan rawatan lanjut. Rawatan HIV adalah percuma untuk rakyat Malaysia di kemudahan penjagaan kesihatan kerajaan, lebih cepat anda memulakan rawatan, lebih pantas anda boleh menguruskannya.

Setelah anda mula mendapatkan rawatan di hospital, doktor anda perlu melaporkan kes anda kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pejabat Kesihatan Daerah di tempat tinggal anda bagi tujuan statistik. Seorang pegawai kesihatan daerah akan berhubung dengan anda bagi memberi nasihat berkaitan rawatan.

Adalah sangat penting untuk anda berbual dengan mereka ketika mereka menghubungi anda. Seorang mungkin akan melawat kediaman atau alamat yang didaftarkan dalam kad pengenalan anda jika mereka tidak dapat menghubungi anda melalui telefon.

Sepanjang proses ini, maklumat peribadi dan kesihatan anda akan dirahsiakan dantidak akan dikongsi tanpa kebenaran anda; tidak perlu untuk mendedahkan maklumat ini kepada orang lain.

Klik sini untuk membaca berkaitan HIV.

HUBUNGI KAMI