Pilih satu Halaman

HIV

HIV ialah ringkasan bagi virus kerencatan imun manusia (human immunodeficiency virus). Ia adalah virus yang boleh menyebabkan jangkitan HIV, dan untuk jangka masa panjang boleh mengakibatkan sindrom kurang daya tahan melawan penyakit (acquired immune deficiency syndrome), ataupun AIDS.

Seseorang yang dijangkiti HIV akan melalui beberapa fasa. Fasa pertama ialah fasa jangkitan akut, di mana mereka akan jatuh sakit apabila sistem imun tubuh bertindak balas dengan jangkitan awal. Sesetengah orang akan mengalami gejala yang kurang ketara seperti selesema atau demam, atau langsung tidak menunjukkan tanda sama sekali.

Setelah tubuh selesai bertindak balas, jangkitan mula beransur ke fasa lanjutan, di mana virus dengan senyap menggandakan diri dalam tubuh dan secara perlahan-lahan melemahkan sistem imunisasi badan dengan menyerang sejenis sel darah putih yang dipanggil sebagai CD4. Semasa peringkat ini berlaku, banyak orang tidak menunjukkan atau mengalami gejala dan tiada petunjuk ianya sedang berlaku melainkan mereka diuji untuk HIV.

Jika jangkitan tidak dikenal pasti dan virus tidak dirawat, tubuh akan mula terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan barah di mana sistem imun badan telah menjadi terlalu untuk melawan. Seseorang yang telah tiba ke tahap ini dikatakan telah mempunyai AIDS.

Walaubagaimanapun, HIV mudah diurus, dan AIDS boleh dirawat. Walaupun di masa lalu HIV/AIDS digambarkan sebagai penyakit yang membawa maut, penyakit yang tidak boleh dirawat atau sejenis ‘hukuman mati,’ situasi pada hari ini berbeza sama sekali. Banyak kajian perubatan telah dilakukan untuk memahami kesan virus ini ke atas tubuh manusia dan bagaimana rawatan boleh dilakukan dan ianya masih lagi diteruskan.

BAGAIMANAKAH HIV MENJANGKITI MANUSIA?

HIV disebarkan melalui cecair tubuh yang mengandungi virus tersebut. Untuk lelaki, ia disebarkan melalui darah, air mani, air mazi dan cecair dubur.

Amalan-amalan yang boleh menyumbangkan kepada risiko jangkitan HIV ialah:

  • Menjalinkan hubungan seks tidak selamat
  • Perkongsian jarum atau picagari semasa menggunakan dadah atau melakukan chem fun (CF)

Apakah risiko saya?

Setiap aktiviti seksual mempunyai risiko jangkitan HIV yang berbeza. Jika anda melakukan seks dubur, anda mempunyai risiko paling tinggi mendapat HIV jika anda menjadi “bottom” berbanding jika anda menjadi “top”

Baca lagi

Risiko mendapat HIV melalui seks oral adalah hampir boleh diabaikan, namun ia masih wujud. Ingat bahawa anda masih boleh terdedah kepada penyakit STI lain seperti klamidia dan gonorea semasa seks oral.

  • Pasangan yang melakukan seks oral lebih tinggi risiko berbanding pasangan yang menerima. Jika anda yang membuat, mempunyai luka di dalam mulut, STI yang tidak dirawat dalam tekak, atau baru lepas mendapatkan rawatan pergigian, akan meningkatkan risiko secara mendadak. Adalah dinasihatkan anda menahan diri daripada melakukan seks oral sehingga anda pulih.
  • Menelan air mani tidak terbukti menyebarkan HIV, kerana virus itu akan mati di dalam perut ketika pencernaan. Namun begitu, air mani yang terbiar di dalam mulut akan menyebabkan risiko jangkitan, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai luka atau sakit di dalam mulut.

Risiko mendapat HIV akan menjunam secara drastik sekiranya anda menggunakan perlindungan seperti kondom atau PrEP.

Jika anda HIV negatif tetapi mempunyai STI yang tidak dirawat, risiko anda mendapat HIV akan meningkat secara mendadak. Baca lebih lanjut berkaitan STI lain di sini.

Jika anda HIV positif tetapi “undetectable” itu bermakna tiada peluang untuk mereka boleh menyebarkan virus ini kepada orang lain. Baca lebih lanjut berkaitan menjadi “undetectable” di sini.

Ingin tahu apakah risiko bagi setiap aktiviti? Padankan dan bandingkan pelbagai situasi berbeza dengan risiko terlibat menggunakan Penjangka Risiko kami.

 

BAGAIMANA SAYA BOLEH TAHU JIKA SAYA HIV POSITIF?

Apabila seseorang mendapat HIV, tubuh mereka akan melalui proses bernama “seroconversion” di mana tubuh akan berubah daripada HIV negatif kepada positif. Dalam tempoh ini, sesetengah orang tidak menunjukkan apa-apa tanda. Sesetengah yang lain ada menunjukkan anda di antara 2 minggu hingga 2 bulan selepas terdedah kepada virus tersebut.

Baca lagi

Sesetengah gejala tersebut termasuklah:

  • Penyakit seperti selesema
  • Demam
  • Sakit tekak
  • Kelenjar limfa membengkak
  • Ruam-ruam
  • Keletihan melampau

Selepas jangkitan, HIV akan kekal di dalam tubuh, meningkatkan bilangan mereka secara perlahan dengan menyerang sel darah putih yang bertanggungjawab bagi imunisasi. Banyak orang tidak menunjukkan gejala ketika ia sedang berlaku, tetapi jika ia dibiarkan tidak dirawat, sistem imunisasi akan menjadi lemah dan akan diserang sehingga menjadi tahap AIDS. Jangkitan HIV yang tidak dirawat boleh beransur ke tahap AIDS dalam tempoh beberapa bulan atau beberapa tahun.

HIV boleh mengambil masa sehingga tiga bulan untuk dikesan, bergantung kepada jenis ujian yang dijalankan. Tempoh itu dikenali sebagai “tempoh tetingkap” (“window period”). Kebanyakan kit ujian pantas di klinik-klinik mempunyai tempoh tetingkap 1-3 bulan. Berbincanglah terlebih dahulu dengan klinik sebelum anda menjalani ujian ini.

Memandangkan HIV kadangkala boleh menjangkiti orang secara diam dan tanpa menunjukkan gejala, ujian saringan secara berkala adalah sangat penting bagi membantu anda pasti dan yakin dengan status semasa anda. Jika anda risau, dapatkan ujian saringan HIV serta-merta, sesegera yang boleh – ianya pantas dan sangat tepat.

Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan ujian HIV, atau guna Pencari Klinik kami untuk mencari pusat-pusat ujian berhampiran anda.

 

BAGAIMANA SAYA BOLEH MERAWAT HIV?

Seseorang mungkin mempunyai HIV, namun keadaannya tidak akan maju ke tahap AIDS selagi mana mereka memastikan virus di bawah kawalan.

 

Baca lagi

Ia boleh dilakukan dengan melalui rawatan highly-active antiretroviral therapy (HAART) seumur hidup. HAART tidak menyembuhkan HIV, tetapi ianya menghentikan ia daripada menggandakan diri, mengurangkan jumlah HIV di dalam tubuh. Kementerian Kesihatan menyediakan rawatan HIV dan ubatan HAART secara percuma untuk rakyat Malaysia di hospital-hospital kerajaan.

Selagi mana seseorang yang positif HIV terus kekal mengambil ubatan HAART dan mengekalkan gaya hidup sihat dan melakukan perubahan yang lebih menyihatkan dalam hidup mereka, mereka akan hidup sihat sebagaimana orang yang tidak mempunyai HIV.

Baca lebih lanjut berkaitan HAART di sini.

 

BAGAIMANA BOLEH SAYA MENCEGAHI HIV?

Setiap orang harus peka dengan risiko mendapat HIV daripada sesetengah aktiviti, dan melindungi diri mereka setiap kali berada dalam situasi itu. Sebagai seorang ahli komuniti, setiap orang mempunyai tanggungjawab mengetahui status mereka dan melindungi orang lain daripada mendapat virus ini.

 

Baca lagi

Aktiviti Seksual

Ada banyak cara di mana terdapat risiko anda mendapat HIV melalui hubungan seksual boleh dikurangkan. Cara paling mudah dan paling penting ialah dengan menggunakan perlindungan semasa bersetubuh, dan mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan risiko walaupun sebelum melakukannya. Baca lebih lanjut berkaitan kondom,  PrEP dan PEP di sini.

 

CHEM FUN (CF)

Jika anda mengambil bahagian dalam CF, adalah sangat penting untuk anda melakukannya dalam keadaan yang boleh melindungi diri anda dan pasangan anda daripada HIV.

Baca lagi

Perkongsian dadah melalui peralatan seperti picagari dan jarum adalah sangat tidak digalakkan. HIV boleh kekal aktif dalam tempoh masa yang lama dalam picagari dan jarum, dan menggunakannya semula meletakkan anda pada risiko yang amat tinggi untuk terdedah kepada virus ini, Sentiasa beringat untuk membawa dan menggunakan peralatan anda sendiri.

Berada dalam keadaan khayal boleh menjejaskan pertimbangan anda semasa melakukan hubungan seks, dan berpotensi menjurus anda melakukan aktiviti seksual berisiko atau terlupa memakai perlindungan. Tegaskan penggunaan perlindungan semasa melakukan hubungan seks, atau pertimbangkan penggunaan PrEP.

Baca lebih lanjut berkaitan CF di sini.

 

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS

Adakah penawar wujud untuk HIV?

Sementara kajian masih sedang dijalankan untuk mencari penawar kepada HIV, masih belum ada penawar yang terbukti untuknya. Ubatan HAART membantu menurunkan kuantiti bilangan virus ke bawah paras tidak boleh dikesan, namun ianya tidak membuangnya secara sepenuhnya dari tubuh.

Baca lebih lanjut berkaitan HAART di sini.

Adakah saya boleh mendapat AIDS jika saya mempunyai HIV?

Tidak! Mengambil ubatan HIV anda secara berterusan menghentikan virus daripada menggandakan diri dan memusnahkan sistem imunisasi tubuh anda. Jika sistem imunisasi tubuh anda kekal kuat, anda tidak akan mendapat AIDS. Orang yang mempunyai HIV positif boleh hidup lama, hidup sihat dengan rawatan yang betul.

Bolehkah saya mendapat HIV daripada ciuman?

HIV tidak tersebar melalui ciuman, walaupun dengan ciuman yang sangat intim, melainkan kedua-dua pasangan mempunyai luka atau pendarahan di mulut mereka. HIV tidak tersebar melalui air liur.

Bolehkah saya mendapat HIV daripada “menghisap”?

Risiko mendapat HIV melalui seks oral ada tetapi sangat rendah, bagi pelaku dan penerima aktiviti ini. Risiko akan meningkat bagi pelaku jika terdapat luka terbuka, sakit atau ulser dalam mulut, jika mereka mempunyai STI di dalam tekak, atau mereka baru sahaja melalui rawatan pergigian.

Bolehkah saya mendapat HIV daripada "fisting" atau "fingering"?

Risiko mendapat HIV daripada “fisting” atau “fingering” ada bergantung kepada situasi berikut:

  • Penerima bersentuhan dengan darah, air mani, atau air mazi yang ada pada jari, tangan atau lengan pemberi. Risiko akan meningkat jika penerima pula mempunyai luka terbuka di dalam dubur atau rektum, atau mempunyai STI yang tidak dirawat.
  • Pemberi mempunyai luka terbuka di jari, tangan atau lengan, atau tidak menutupinya dengan sarung getah. Pemberi boleh mengurangkan risiko dengan menggunakan sarung tangan getah.
Bolehkah saya mendapat HIV dengan menyentuh seseorang yang ada HIV atau barangan peribadi milik mereka?

Tidak – HIV mati dengan segera setelah ia meninggalkan tubuh dan terdedah kepada udara, dan tidak boleh tersebar melalui sentuhan permukaan kulit atau serapan kulit.

Bolehkah saya mendapat HIV daripada tatu atau bertindik?

Hanya jika jarum yang digunakan semula – seorang artis tatu atau tindik yang pakar akan menggunakan jarum baharu dan steril bagi setiap pelanggan. Oleh itu, mendapat jarum yang digunakan semula adalah sangat tidak mungkin. Pastikan artis tatu atau tindik membuka bungkusan jarum di depan anda.

Bolehkah saya mendapat HIV melalui gigitan nyamuk?

Tidak – nyamuk tidak membawa HIV, dan mereka tidak boleh menyuntik darah ke dalam tubuh.

Saya bimbang saya mungkin terdedah kepada virus ini. Apa patut saya lakukan?

Jika anda HIV Negatif, dapatkan PEP (Post-exposure Prophylaxis) dalam tempoh 72 jam setelah jangkaan pendedahan itu. Mengambil PEP selama sebulan boleh membantu melindungi anda daripada HIV, dan lebih awal anda bermula adalah lebih baik. Baca berkaitan PEP di sini.

Adakah hubungan di antara HIV dan STI yang lain?

Mempunyai STI yang tidak dirawat boleh meningkatkan risiko mendapat atau menyebarkan HIV.

Jika anda ialah HIV negatif tetapi mempunyai STI, anda mempunyai tiga kali ganda kemungkinan untuk mendapat HIV jika anda mengamalkan seks tidak selamat bersama seseorang yang mempunyai HIV. Dengan erti kata lain, jika anda mempunyai HIV positif dan juga mempunyai STI lain, anda mempunyai tiga kali ganda kemungkinan berbanding seseorang yang hanya mempunyai HIV sahaja untuk menyebarkan HIV kepada orang lain melalui hubungan seks.

Hanya satu cara untuk memastikan anda tahu status STI anda ialah dengan membuat ujian. Jika anda aktif seks, anda dan pasangan anda patut diuji untuk STI (termasuk HIV jika anda HIV negatif) sekerap mungkin, walaupun anda tidak menunjukkan sebarang gejala.

Baca lebih lanjut berkaitan STI lain di sini.

Adakah orang akan tahu status saya?

Selepas status HIV positif anda disahkan oleh hospital anda, doktor anda tertakluk di bawah undang-undang untuk melaporkan kepada Kementerian Kesihatan dan Pejabat Kesihatan Daerah anda tentang status anda, tetapi ianya dilakukan bagi tujuan statistik sahaja dan untuk memastikan anda dan pasangan anda dimaklumkan berkaitan status anda. Untuk memastikan kes anda dilaporkan di daerah yang betul, anda mesti memberikan alamat kediaman semasa anda semasa mendaftar di hospital.

Seorang Pegawai Kesihatan Daerah akan berhubung dengan anda melalui telefon untuk memastikan anda sedar status anda dan menasihatkan anda berkaitan dengan rawatan. Sesi ini akan dijalankan secara rahsia, profesional dan kaedah tidak berprasangka. Oleh itu, jangan bimbang tentang maklumat anda dibocorkan.

Adalah penting untuk anda berbincang dengan mereka apabila mereka menghubungi anda. Seorang pegawai akan datang melawat tempat anda tinggal atau ke alamat yang anda daftarkan di dalam kad pengenalan anda jika mereka tidak dapat menghubungi anda melalui telefon.

Di luar situasi ini, maklumat kesihatan anda akan disimpan rapi dan rahsia dan tidak akan dikongsikan dengan pihak lain atau organisasi lain. Anda tidak dipaksa untuk mendedahkan status anda kepada orang lain, walaupun kepada ahli keluarga, rakan, atau majikan anda. Anda boleh memilih untuk melakukannya secara peribadi jika anda selesa dengan keputusan itu.