TENTANG KAMI
Komuniti kami beraneka ragam. Kita mempunyai pelbagai tabiat yang menarik, dan kita saling berkongsi minat antara kami.
Seks memang hebat. Kita mahukannya, kita perlukannya, dan kita melakukannya. Kami juga tahu yang kadang-kadang, akan ada keraguan yang memerlukan jawapan. Namun begitu, kita tidak perlu menafikan kenikmatan di ranjang. Apa yang kita perlu lakukan ialah untuk sentiasa bersiap sedia – dan kami sedia di sini untuk membimbing anda.
TAKE CHARGE TODAY ialah destinasi sehenti komuniti bagi segala yang anda perlu tahu tentang kesihatan seksual anda. Untuk setiap soalan hangat anda, dan semua perkara yang anda ingin tahu dengan lebih mendalam, – TAKE CHARGE TODAY ada jawapannya.
Dapatkan maklumat terkini dari TAKE CHARGE TODAY. Ikuti perkembangan kami di Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube.

PENYUMBANG
TAKE CHARGE TODAY merupakan sebuah inisiatif yang disokong oleh Yayasan PT, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menawarkan program pendidikan, pencegahan, bantuan dan pemberdayaan HIV/AIDS di Malaysia.
Kumpulan Take Charge Today mengucapkan terima kasih kepada pihak berikut untuk sumbangan mereka yang sangat berharga kepada projek ini.
Penterjemah bahasa Malaysia: Wan Mohd Ridwan
Penterjemah Bahasa Cina: Zok Lim & Chua Chee Heng
Fotografi: Azrul Kevin Abdullah
Videografi: Julian Jayaseela & Fareha Johari di Nuansa Films
SERTAI KAMI
TAKE CHARGE TODAY ialah sebuah inisiatif yang dipimpin oleh komuniti kita. Anda merupakan tunjang utama misi kami, dan kami tak mungkin dapat melakukannya tanpa sokongan anda!
Bagi anda yang peduli tentang kesihatan seksual diri anda, program kesetiaan Loyal Tester dan Loyal PrEPer kami memberikan anda pelbagai ganjaran di samping membantu anda untuk terus mengambil langkah yang proaktif dalam menjaga kesihatan seksual diri dan juga teman-teman anda. Baca lebih lanjut tentang program-program kesetiaan kami di sini.
Berminat untuk menyumbang atau meninggalkan legasi anda kepada komuniti kami? Take Charge Today juga menawarkan pelbagai peluang untuk memberikan sumbangan kepada inisiatif kami.

PrEP POINT
PrEP Point menawarkan ujian saringan pantas HIV dan perkhidmatan kaunseling dalam suasana yang akrab dan selesa. Melalui pusat-pusat Pulse Point, kami menyasarkan untuk menawarkan sebuah pendekatan yang lebih relaks dan bebas tekanan bagi semua.
Sebuah PrEP Point dikendalikan oleh seorang pengamal ataupun Advocate yang bertanggungjawab untuk:
- Menyediakan sebuah ruang selamat untuk menjalankan ujian saringan HIV dan sesi kaunseling;
- Menjalankan ujian saringan HIV menggunakan kit ujian yang pantas dan mudah digunakan;
- Menyediakan sesi kaunseling yang sulit dan tanpa prasangka, dan juga menawarkan nasihat tentang ujian HIV, amalan seks selamat, PrEP, rawatan HIV, kesihatan fizikal dan emosi, amalan ‘chem fun’ yang bertanggungjawab, dan kehidupan dengan HIV.
Para Advocate akan menerima elaun bulanan, sedikit potongan dari yuran untuk setiap sesi ujian atau kaunseling, satu ujian saringan pantas HIV percuma setiap 6 bulan, dan juga pelbagai kelebihan seorang ahli, seperti diskaun dari e-Shoppe dan rakan program TAKE CHARGE TODAY, dan juga keutamaan di acara-acara kami.
Pengalaman menganjurkan PrEP Point bukan saja dapat memberikan pencerahan yang sangat bernilai kepada setiap orang yang anda akan temui, malah juga kepada diri anda sendiri sebagai seorang Advocate.
SUKARELAWAN/PELATIH (INTERN)
Sebagai seorang sukarelawan atau pelatih bersama TAKE CHARGE TODAY, anda akan memberikan sumbangan yang berharga kepada sebuah inisiatif yang mengujakan. Anda akan bekerja keras untuk memastikan semua aspek projek ini bergerak lancar. Namun begitu, anda tidak akan dibebankan dengan terlalu banyak kerja – pasukan TAKE CHARGE TODAY menitikberatkan sifat “work smart, play smart”.
Jika anda mempunyai semangat untuk membantu komuniti kami di samping mempunyai kemahiran yang sesuai untuk inisiatif kami seperti dalam bidang penyelidikan, pengumpulan data, penghasilan kandungan digital dan sosial dan juga pengurusan acara, kami sangat mengalu-alukan penglibatan anda dalam projek TAKE CHARGE TODAY.
SUMBANGAN BLOG
Setiap orang dalam komuniti kita mempunyai kisah mereka yang tersendiri, dan kami ingin mengongsikannya dengan semua! Blog Take Charge Today meliputi pelbagai aspek, seperti kesihatan seksual, gaya hidup dan juga budaya. Jika anda ingin berkongsi artikel, pandangan mahupun idea, hubungi kami dan kami akan bersama-sama mengusahakannya.
SERTAI KAMI
Jika anda berminat untuk melibatkan diri dengan mana-mana peluang di atas, jangan segan untuk menghubungi kami. Tinggalkan mesej dalam Live Chat kami atau kirimkan emel kepada joinus@take-charge.today
Kami berjanji yang pengalaman anda bersama TAKE CHARGE TODAY akan membuka mata anda.
HUBUNGI KAMI
Ikuti kami di: