STIs
Jangkitan bawaan seksual (Sexually transmitted infections, STI) adalah terma yang merujuk kepada penyakit kelamin yang disebarkan dari seseorang kepada seseorang yang lain melalui hubungan seks tanpa perlindungan sama ada secara oral atau melalui seks dubur. Antara STI yang mungkin anda kenali adalah gonorea, sifilis, klamidia, herpes dan hepatitis – anda mungkin pernah mendengar tentangnya sebelum ini.
STI adalah sangat biasa dan jarang menunjukkan sebarang tanda atau gejala. Namun begitu, tiada tanda tidak bermakna ianya tidak berjangkit! Seseorang yang telah dijangkiti boleh menyebarkannya kepada pasangan seksnya yang lain, walaupun mereka berasa mereka sihat. Jika STI tidak dirawat, ia akan memberikan anda kesan buruk jangka panjang, dan mungkin menjurus kepada keadaan yang mengancam nyawa.
Seseorang yang telah dijangkiti STI mungkin menunjukkan situasi berikut:
- Sakit, bengkak, kemerahan atau luka di batang konek, buah zakar atau dubur
- Gatal, sakit atau rasa kurang selesa semasa kencing atau membuang air besar
- Pelepasan lelehan dari batang konek atau dubur
- Demam, mual, keletihan, hilang selera makan atau cirit-birit
- Simptom seakan-akan selesema
- … Atau tiada tanda langsung!
Bolehkah ianya diubati?
Kebanyakan STI adalah boleh disembuhkan atau dirawat, kebiasaannya dengan menggunakan ubat atau pencegahan melalui vaksin.
Baca lagi
Ubat-ubat ini akan diberikan dalam bentuk:
-
-
- Tablet atau pil
- Suntikan
- Krim atau salap
- Cecair
-
Namun begitu, pencegahan adalah lebih baik daripada merawat, oleh itu beringatlah untuk mengambil langkah melindungi diri anda dan pasangan anda semasa melakukan seks oral atau dubur.
Apakah risiko saya?
Jika anda HIV negatif, mempunyai STI yang tidak dirawat boleh meningkatkan risiko mendapat jangkitan HIV. Oleh sebab itu, adalah penting mengetahui status anda dengan melakukan ujian STI secara berkala dan mendapatkan rawatan jika positif.
Jika anda hidup dengan HIV, adalah sangat penting untuk mengenali tentang STI juga. Mempunyai HIV bersama STI lain akan meningkatkan tahap keterjangkitan bagi kedua-dua keadaan, dan membiarkan ia tidak terawat akan memburukkan keadaan anda. Jika anda fikir anda telah dijangkiti STI, berbuallah dengan doktor anda segera untuk mendapatkan nasihat bagi ujian dan rawatan.
Apa pun keadaan anda, sentiasa berbual dengan pakar penjagaan kesihatan berkaitan isu-isu yang anda hadapi. Gunakan Pencari Klinik untuk mencari klinik kesihatan seksual berhampiran anda.
FREQUENTLY ASKED QUESTIONS
Apa yang perlu saya lakukan jika saya fikir saya mungkin ada STI?
Jika anda fikir anda mungkin ada STI, pergilah dapatkan ujian segera, elakkan mengadakan hubungan seks sehingga anda selesai mendapatkan rawatan.
Apakah gejala yang ada pada STI?
Kebanyakan masa, lelaki jarang menunjukkan gejala ketika mereka dijangkiti STI. Oleh itu, adalah sangat penting untuk mendapatkan ujian STI secara berkala selalu.
Sesetengah orang mungkin akan perasan beberapa gejala – jika anda perasan beberapa gejala di bawah, adalah penting untuk pergi mendapatkan rawatan dengan segera. Cari klinik berhampiran anda menggunakan Pencari Klinik kami.
-
-
- Lelehan daripada batang konek atau dubur
- Sakit atau ketidakselesaan semasa kencing
- Gatal atau kemerahan di sekitar kemaluan
- Luka, lepuh, ketuat, atau ulser di sekitar mulut, dubur atau kawasan kemaluan.
-
Bagaimana saya boleh lindungi diri saya daripada STI?
Melindungi diri anda daripada STI adalah sangat mudah:
-
-
- Gunakan kondom semasa melakukan hubungan seks, kerana ia adalah satu-satunya yang secara fizikal boleh menghentikan diri anda daripada dijangkiti. Baca berkaitan kondom di sini.
- Dapatkan ujian STI yang penuh setiap enam bulan sekali, dan lebih jika anda aktif seks. Baca berkaitan mendapatkan ujian di sini.
-
Saya dah ambil PrEP - Perlukah saya risau mengenai STI?
Ya! PrEP hanya berkesan mencegah jangkitan HIV, dan bukan penyakit STI yang lain. Anda patut menggunakan perlindungan di mana berisiko. Baca tentang PrEP di sini.
Inginkan maklumat lanjut? Semak lembaran fakta STI yang boleh dimuat turun dibawah.
Ikuti kami di: