Pilih satu Halaman

PrEP POINT

Di mana lagi anda boleh pergi untuk dapatkan ujian pantas HIV? Di mana lagi boleh anda pergi bila anda memerlukan seseorang untuk berbual? Masuklah ke dalam dunia kami di PrEP Point.

Servis kaunseling dan ujian HIV kami yang mesra komuniti menggunakan kit-kit ujian pantas generasi ke-4, dan dijalankan oleh Pulse Advocate yang dipercayai. Kami juga menawarkan perundingan dan preskripsi bagi PrEP On Demand, dan kondom dan pelincir percuma.

Sulit dan Persendirian Sepenuhnya

Kami faham – mesti ada banyak perkara yang berlegar dalam fikiran anda. Kami faham mungkin ada banyak perkara yang ingin diperkatakan. Bila anda melangkah masuk ke dalam sebuah PrEP Point untuk ujian pantas HIV atau temu janji kaunseling, anda boleh berasa yakin bahawa perbincangan yang berlangsung hanya akan berlaku antara anda dan Advocate anda. Sebarang perbualan anda di PrEP Point akan kekal di sana.

Nasihat yang boleh dipercayai

Para Advocate kami adalah terlatih, berkemahiran dan berpengalaman. Namun, mereka bukanlah “kaunselor” atau “pakar terapi” anda, dan anda bukanlah “pesakit” mereka – anggaplah mereka sebagai sahabat baik anda. Dan sebagai sahabat anda, mereka boleh mendalami apa yang anda sedang tempuhi. Oleh itu, beritahu mereka semua yang ada dalam fikiran anda. Mungkin mereka akan berkongsi banyak perkara bersama anda juga. Jika anda memerlukan nasihat yang di luar apa yang kami tawarkan, Advocate anda juga boleh membantu anda mencari servis komuniti yang lain.

Lebih relaks

Menjalani ujian HIV atau sesi kaunseling boleh menjadi suatu pengalaman yang agak menakutkan dan janggal. Di PrEP Point, kami memastikan yang anda berada dalam keadaan selesa dalam persekitaran yang relaks. Anda dan Advocate anda mempunyai peluang untuk berbincang secara terbuka dan bebas prasangka dalam persekitaran santai – sama seperti berbual dengan kawan baik anda di ruang tamu anda sendiri.

Bukalah hati anda kepada saudara baru anda – jadilah seorang Advocate PrEP Point sekarang. Berminat? Hubungi kami: hello@take-charge.today.

HUBUNGI KAMI