PENCARI KLINIK

Nak tahu di mana anda boleh dapatkan ujian HIV dan STI? Pencari Klinik kami ada!
Klik pin-pin di peta interaktif di bawah untuk melihat lihat maklumat terperinci bagi setiap klinik. Mereka menyediakan ujian saringan pantas HIV dan STI secara sulit, dan kebanyakannya turut menyediakan perkhidmatan tanpa nama. Klinik-klinik dalam senarai kami juga menyediakan perkhidmatan PrEP, PEP, HAART dan kaunseling.
Klinik-klinik dalam senarai kami dipilih berdasarkan garis panduan kami dalam menyediakan servis perubatan komuniti. Bagi memastikan senarai kami terus dikemaskini dan anda menerima perkhidmatan terbaik daripada rakan-rakan penyedia kami, kami mengalu-alukan maklum balas dari anda. Mesej kami melalui fungsi Live Chat atau kirimkan e-mel kepada kami. hello@take-charge.today.
NOTIS
Walaupun semua kemudahan kesihatan kerajaan seperti hospital dan Klinik Kesihatan menawarkan ujian-ujian saringan HIV tanpa nama, ini bergantung kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap klinik. Untuk lebih pasti, hubungi hospital atau klinik tersebut sebelum anda pergi.
Ingat! Anda berhak untuk menahan butiran peribadi anda di klinik yang menawarkan ujian saringan HIV/STD tanpa nama, dan untuk pergi ke kemudahan kesihatan lain untuk mendapatkan perkhidmatan yang memuaskan.
HUBUNGI KAMI
Ikuti kami di: