Pilih satu Halaman

KONDOM

Orang kata “takde sarung, tak payah main” untuk satu sebab! Dipercayai turun temurun, penggunaan kondom ialah cara paling ringkas, paling mudah dan paling meluas digunakan untuk melindungi diri anda daripada HIV dan STI. Baca lebih lanjut tentang bagaimana anda boleh menjadikan ia sebagai teman setia anda semasa aktiviti menghenjut.

 

Cara menggunakan kondom

Jangan menggosok ia dengan Cara yang salah. Ikuti langkah-langkah berikut untuk mendapatkan perlindungan terbaik dari kondom anda.

Baca lagi

1. Periksa tarikh luput sebelum menggunakan – jika ia telah melepasi tarikh luput, buang dan gunakan yang baru.

2. Koyakkan pembungkus pada hujung bergerigi. Jangan gunakan gigi kerana ia boleh mengoyakkan kondom itu.

3. Pastikan kondom itu dalam arah yang betul ketika anda memasangnya. Bahagian tepi bergulung mesti di sebelah luar.

4. Lepas tu gulung! Picit hujung kondom dan perah ke arah pangkal konek sambil membuka gulungan untuk mengeluarkan udara di dalamnya.

5. Lumurkan pelincir pada diri anda dan pasangan anda dan anda telah bersedia untuk sesi menghenjut!

6. Selepas menikmati pancutan, tanggalkan kondom secara berhati-hati. Tanpa menumpahkan isinya, ikat hujung bukaan kondom dan buang ia ke dalam tong sampah.

7. Jangan basuh atau gunakan semula kondom terpakai, terutamanya dengan pelbagai pasangan berbeza.

Kondom yang sempurna

Memang banyak jenis kondom di luar sana… Sebelum anda mula menghenjut, mari lihat jenis kondom yang bersesuaian dengan anda dan pasangan anda.

  • Saiz. Pastikan kondom anda muat dengan elok di konek anda. Kondom yang bersaiz standard biasanya boleh digunakan oleh ramai orang, tetapi cubalah kondom berlainan saiz jika ia berasa terlalu longgar atau ketat. Jangan malu-malu!
  • Ketebalan. Kondom yang lebih tebal akan mengurangkan perasaan sensitif di konek, tetapi ia juga memberikan lebih perlindungan di samping membuatkan anda tahan lebih lama.
  • Tekstur. Bila bercorak, semua puas! Kondom yang berbintil atau berjalur menambahkan sensitiviti dan rangsangan di mana-mana tempat yang patut.
  • Bahan. Kondom biasanya dibuat daripada getah. Jika ia membuatkan anda berasa gatal, anda mungkin mempunyai alergi atau alahan kepada getah –cuba gunakan kondom yang diperbuat daripada plastik sintetik seperti poliuretana (“polyurethane”).
  • Perisa. Tambahkan sedikit rasa semasa ‘menghisap’ dengan memakai kondom berperisa. Kebanyakan kondom berperisa juga boleh digunakan untuk ‘bermain belakang’ tetapi bahan kimia yang digunakan untuk menambah perisa mungkin boleh memberi perasaan tidak selesa kepada sesetengah orang.

 

PELINCIR

Di mana ada kondom, di situ ada pelincir… untuk tujuan yang baik! Lubang dubur tidak menghasilkan bahan pelincirnya sendiri, oleh itu menggunakan pelincir amat membantu untuk mengelakkan pergeseran – secara fizikal dan literal – ketika melakukan seks dubur.

  • Pelincir berasaskan air datang dengan pelbagai jenis jenama dan pelbagai variasi yang. Ia mudah untuk dibersihkan, lembut pada kulit, dan berfungsi hebat dengan pelbagai jenis kondom. Cuma ingatlah untuk menambah linciran apabila ia mula mengering.
  • Pelincir berasaskan silikon akan kekal licin lebih lama dan tidak mudah untuk kering atau hilang dibasuh air, mengurangkan keperluan untuk penambahan semula lebih kerap.

Walaupun pelincir berasaskan minyak memberikan sensasi hebat, ia tidak boleh sama sekali digunakan bersama kondom lateks, kerana ia boleh menyebabkan kondom pecah. Bahan lain berasaskan minyak juga begitu, seperti “baby oil”, losen, dan jeli petroleum (Vaseline).

Di mana terdapat kondom

Kondom ada tersedia di mana-mana, oleh itu tiada alasan untuk menyimpan sebahagian bersama anda! Kedai farmasi, kedai runcit atau pasaraya akan memastikan stok mencukupi. Sesetengah pusat kesihatan komuniti turut menawarkan ia secara percuma. Guna Pencari Klinik kami untuk mencarinya berhampiran anda

 

TIP-TIP

  • Titiskan beberapa titik pelincir di dalam hujung kondom sebelum memasangnya bagi sensasi yang lebih hebat.
  • Jika konek anda sukar tegang atau keras semasa kondom disarungkan, gunakan cincin konek.
  • Jadikan aktiviti menyarung kondom sebagai sebahagian daripada “foreplay”, belajar menyarungkannya menggunakan mulut, lakukan dengan menutup mata, atau biar pasangan anda bantu sarungkannya.
  • Jika anda tidak sengaja menyarung kondom secara terbalik, buang terus dan gunakan yang baru kerana mungkin ada air mazi yang telah meleleh Dan menyentuh lapisannya.
  • Simpan kondom yang tidak digunakan jauh dari haba dan geseran, kerana ini boleh mengurangkan kualiti lateks. Jangan simpan ia di dalam dompet terlalu lama!

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS

Saya menghadapi kejadian kondom pecah, apa yang perlu saya buat?

Jika anda mengalami kondom pecah semasa seks, adalah amat penting untuk anda melakukan ujian HIV sesegera yang boleh. Jika anda syak anda mungkin terdedah kepada HIV, berbuallah dengan doktor anda mengenai PEP, lakukan segera, kerana PEP perlu diambil dalam tempoh 72 jam selepas pendedahan untuk berkesan! Gunakan Pencari Klinik kami untuk mencari satu berhampiran anda.

Saya ada alahan kepada lateks. Adakah kondom khas yang boleh saya gunakan?

Jika anda alah kepada lateks, jangan bimbang. Anda boleh menggunakan kondom polyurethane (plastik sintetik), yang sama sahaja berkesan memberikan perlindungan.

Adakah menyarungkan dua lapis kondom dalam satu masa akan memberikan perlindungan lebih kepada saya?

Menyarung dua lapis kondom mungkin boleh memberikan perasaan selamat kepada anda, tapi itu hanyalah ilusi semata-mata. Geseran di antara dua lapisan kondom semasa henjutan berlaku akan melemahkan kedua-duanya!

Satu kondom sudah cukup – jika anda perlukan lebih perlindungan, gunakan kondom “extra safe”, yang mana ia lebih tebal daripada kondom biasa.

Kenapa konek saya sukar kekal keras semasa kondom disarung?

Kami faham menyarung kondom boleh jadi satu kejanggalan bagi sesetengah orang – pengurangan sensasi atau ketidakselesaan mungkin menyebabkan anda tidak selesa hingga konek anda tidak dapat kekal tegang.

Cubalah menggunakan cincin konek, atau mencuba jenis-jenis kondom yang sesuai dengan konek anda – kondom bertekstur atau berbintik meningkatkan sensitiviti dan sensasi. Jika anda minat cabaran, cubalah melancap dengan kondom tersarung dibatang konek untuk membiasakan diri anda.

Jika anda mendapati anda langsung tidak boleh guna kondom sama sekali, berbuallah dengan doktor anda untuk mendapatkan PrEP. Cari sebuah klinik berhampiran anda menggunakan Pencari Klinik kami.

Kenapa saya perlu menggunakan pelincir bersama kondom?

Perkara asas ialah hukum fizik – apabila dua permukaan bergosok di antara satu sama lain, geseran akan terhasil. 

Sebab itu, menghenjut tanpa lumuran pelincir adalah tidak selesa dan boleh menyebabkan kecederaan! Tidak dinafikan juga, geseran itu boleh menyebabkan kondom menjadi lemah dan mudah koyak.

Bagi menjamin keselesaan dan keselamatan, letaklah sedikit pelincir. Jika anda tidak minat dengan keadaan yang terlalu licin, cuba gunakan kondom bertekstur.

Saya gunakan PrEP. Saya tidak perlu menggunakan kondom, betulkan?

Tidak semestinya! Walaupun PrEP merendahkan risiko anda dijangkiti HIV sehingga 99%, ia tidak melindungi anda daripada penyakit STD atau STI yang lain. Kondom adalah satu-satunya cara mengurangkan risiko mendapat penyakit STD yang lain.

Jika anda melakukan seks dengan berbilang pasangan, adalah baik jika anda menggunakan kondom. Tapi jika anda mempunyai hubungan jangka panjang dengan pasangan yang setia, anda boleh mengabaikan kondom jika kedua-dua pasangan selesa dengan idea ini. Ingatlah untuk mendapat ujian STD dan STI secara berkala!