KEKAL SELAMAT
Semua orang mempunyai hak untuk memastikan bahawa seks ialah suatu pengalaman yang menyeronokkan dan selamat, tidak kira apa yang anda cari, status HIV anda, atau berapa kerap anda melakukannya. Anda mungkin kerap melakukannya dengan ramai teman, atau bersama seorang yang disayangi, mahupun juga tidak selalu melakukannya, adalah menjadi tugas anda dan teman (atau teman-teman) anda untuk melindungi dan menghormati satu sama lain.
HIV NEGATIF
Ada banyak cara anda boleh melindungi diri, sebelum, semasa dan selepas seks – apa yang anda perlu buat ialah menjadikannya sebuah tabiat. Menggunakan kondom dan melalui PrEP adalah dua pilihan yang anda ada, dan sekiranya berlaku terlanjur tanpa menggunakan perlindungan, PEP boleh membantu anda.
Klik untuk membaca lebih lanjut tentang:
HIV POSITIF
Jika anda hidup dengan HIV, langkah terbaik untuk kekal selamat ialah mematuhi rawatan dan menggunakan kondom. Dan jika anda telah berjaya dalam mencapai status “undetectable”, anda boleh berasa pasti yang anda tidak berisiko untuk menjangkitkan HIV kepada orang lain.
Baca lebih lanjut berkaitan HAART di sini.
CHEM FUN (CF)
Some may use recreational drugs for extra “kick” during sex. We do not condone or encourage it – but if you do, please ensure that you take the right precautions to protect yourself during sessions. And be aware of when the time comes to kick the habit – support is available if you want to quit.
Read more about chem fun here.
PERSETUJUAN
Persetujuan adalah asas bagi sebarang pertemuan seksual! Ia bermakna bersetuju sepakat untuk melakukan aktiviti seksual, menuruti apa yang diingini pasangan, dan menghormati sempadan peribadi masing-masing.
Adalah sangat penting bahawa anda dan pasangan anda berasa selesa dengan apa yang sedang berlaku. Ingat bahawa anda mempunyai hak untuk berhenti bila-bila anda mahu, dan anda juga mesti menghormati keputusan pasangan anda jika mereka memberitahu anda untuk berhenti.

HUBUNGI KAMI
Ikuti kami di: