Pilih satu Halaman

HIDUP POSITIF

Sokongan PLHIV

Menempuhi kehidupan sebagai penghidap HIV mungkin kelihatan seperti pengalaman yang menakutkan, tetapi ingat bahawa anda sentiasa mempunyai sokongan di sekeliling anda! Doktor, kaunselor ahli keluarga dan rakan-rakan anda ada untuk membantu anda mengharunginya.

Mengetahui bahawa anda berstatus HIV positif boleh mengejutkan anda, dan anda mungkin mengalami perasaan yang sukar dan sedang mencari pelbagai jawapan untuk semua soalan anda. Tetapi, status anda tidak akan menghalang anda menjalani kehidupan sebaik mungkin. Melalui rawatan dan sokongan, anda akan mampu untuk hidup sihat dan gembira seperti orang lain.

Memahami situasi anda

Apabila anda mengetahui status HIV positif anda, memberikan diri anda masa untuk memproses maklumat merupakan sebuah langkah yang sangat penting. Setiap orang akan mempunyai reaksi yang berbeza terhadapnya, tetapi biasanya anda mungkin berasa marah, terkejut, keliru atau takut – ingatlah yang semua perasaan ini adalah perkara biasa proses ini.

Baca lagi

Mempelajari mengenai HIV akan membantu menjawab sebarang soalan yang anda mungkin tertanya-tanya. Anda patut merujuk kepada doktor atau kaunselor anda, kerana mereka boleh membimbing anda melalui semua kerumitan. Berbincang dengan jujur berkaitan perasaan dan kerunsingan anda adalah penting bagi menyelesaikan sebarang masalah. Cari doktor atau kaunselor berdekatan anda melalui Pencari Klinik kami.

Akan ada masa baik dan masa buruk dalam kehidupan ini, tetapi ingatlah bahawa anda tidak perlu menghadapinya seorang diri. Ambil masa dan usaha untuk memahami diagnosis anda – ia mungkin sukar, tetapi masih ada harapan di masa depan.

Berbicara tentang status anda

Kebimbangan tentang pendedahan status HIV positif anda merupakan perkara yang normal bagi kebanyakan orang, terutamanya jika mereka baru sahaja menerima berita tersebut.

Baca lagi

Mengambil masa untuk berbicara tentang status anda bersama orang yang boleh memahami perasaan anda adalah satu bahagian yang penting dalam proses ini. Selain daripada doktor atau kaunselor, terdapat juga kumpulan-kumpulan sokongan komuniti dan forum online di mana anda boleh bercakap tentang status anda secara terus-terang.

Anda boleh memilih untuk bercakap secara terbuka tentang diri anda yang HIV positif kepada rakan-rakan dan keluarga, atau hanya mendedahkan status anda kepada orang yang anda percaya. Itu adalah keputusan yang hanya anda boleh ambil, dan anda tidak perlu bercakap tentangnya jika anda berasa tidak selesa.

Kesihatan dan kesejahteraan diri anda

Mengambil HAART: Jika anda baru sahaja didiagnosis sebagai HIV positif, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memulakan rawatan secepat yang mungkin.

Baca lagi

Setelah keadaan anda telah dinilai oleh doktor, mereka akan segera meletakkan anda pada terapi HAART (Highly active antiretroviral therapy). Baca lebih lanjut tentang HAART di sini.

Pemakanan, bersenam: Mengawal apa yang anda makan dan sentiasa kekal aktif adalah penting bukan hanya untuk orang HIV positif, malah juga untuk orang lain. Disebabkan orang lain juga melakukannya, ini memudahkan anda juga!

Baca lagi

Diet anda harus seimbang dan bernutrien, tanpa terlalu banyak gula, garam, lemak dan perasa tambahan. Pastikan pemakanan anda diseimbangkan dengan senaman – mengamalkan senaman bukan saja untuk memastikan tubuh anda sihat atau memastikan anda kelihatan segak, malah ia juga membantu menenangkan fikiran.

Mengekalkan diet sihat dan gaya hidup yang aktif tidak semestinya dengan cara memakan makanan organik atau melanggan keahlian gimnasium. Ia seringkas menumpukan lebih perhatian kepada apa yang anda makan setiap hari, memastikan anda sentiasa minum air dengan cukup, dan menambah aktiviti fizikal yang mudah ke dalam rutin harian anda.

Sekiranya anda mempunyai masalah pemakanan, masalah kesihatan yang lain atau kesan sampingan dari ubat yang membuatkan anda sukar untuk makan atau bersenam, dapatkan nasihat dari doktor anda.

Penggunaan alkohol dan dadah: Walaupun alkohol atau dadah tidak bertindak balas dengan ubat HAART anda, ingatlah yang meminum arak dan menggunakan dadah akan melemahkan sistem imun anda dan mengurangkan kesan rawatan anda.

Baca lagi

Nikmati alkohol secara bertanggungjawab dan elakkan penggunaan dadah. Sekiranya anda risau tentang penggunaan dadah atau alkohol anda, berbincanglah dengan doktor atau kaunselor anda. –Cari seorang doktor atau kaunselor menggunakan Pencari Klinik kami.

Jika anda mengamalkan Chem Fun (CF), baca lebih lanjut di sini tentang bagaimana anda boleh melakukannya secara lebih bertanggungjawab.

Kesihatan Mental

Sebahagian besar dalam usaha untuk kekal sihat ialah memastikan kesihatan mental anda terjaga, tidak kira status HIV anda.

Baca lagi

Dunia ini agak mencabar, dan kami tahu anda bekerja keras mengejar impian anda. Namun, jika anda berasa tertekan, berehatlah sebentar. Kadang-kadang, mengambil langkah setapak ke belakang untuk tenangkan fikiran sangat membantu untuk melihat dunia dengan perspektif baharu.

Kehidupan sebagai penghidap HIV kadangkala mungkin berasa susah. Tetapi anda tidak perlu melakukannya seorang diri – berbincanglah tentang perkara ini dengan orang yang anda percaya, bersama PLHIV yang lain, ataupun dengan kumpulan sokongan HIV.

Sesetengah orang mungkin beralih kepada alkohol atau dadah sebagai cara untuk melarikan diri dari masalah. Walaupun ianya mungkin berasa seronok, kesan jangka panjangnya kepada kesejahteraan mental anda boleh menjadi amat berbahaya. Jika anda sedang bergelut dengan isu-isu psikologi yang timbul daripada penggunaan dadah atau alkohol, adalah amat penting untuk anda berbual dengan jujur mengenainya bersama seorang doktor atau kaunselor. Mereka boleh menasihati anda tentang cara-cara untuk menangani penggunaan bahan dadah dan memastikan kesihatan mental anda terjaga.

Sesetengah orang mungkin beralih kepada alkohol atau dadah sebagai cara untuk melarikan diri dari masalah. Walaupun ianya mungkin berasa seronok, kesan jangka panjangnya kepada kesejahteraan mental anda boleh menjadi amat berbahaya. Jika anda sedang bergelut dengan isu-isu psikologi yang timbul daripada penggunaan dadah atau alkohol, adalah amat penting untuk anda berbual dengan jujur mengenainya bersama seorang doktor atau kaunselor. Mereka boleh menasihati anda tentang cara-cara untuk menangani penggunaan bahan dadah dan memastikan kesihatan mental anda terjaga.

Lihat klinik atau kaunselor berdekatan anda dengan Pencari Klinik kami.

SOKONGAN

Kehidupan dengan HIV kadangkala boleh mempunyai cabaran yang tersendiri, terutamanya dalam menghadapi aspek sosial.

Anda mungkin berhadapan dengan stigma dan diskriminasi berkaitan status HIV positif anda. Oleh itu, adalah penting untuk anda mengetahui hak-hak anda – ingat bahawa maruah anda dilindungi undang-undang.

Walau apapun berlaku, anda tidak perlu hadapinya seorang diri – akan sentiasa ada seseorang yang sedia memahami dan membantu. Servis kaunseling komuniti dan HIV/AIDS ada tersedia di sini:

TAKE CHARGE PrEP Points
T: +6017 2504 828
Perkhidmatan kaunseling mengikut temujanji

Community Health Care Clinic, PT Foundation
2-1, Jalan Haji Salleh, Sentul, 51100 Kuala Lumpur
T: +60 3 4051 3611

WhatsApp: +60 11 2143 457
Perkhidmatan kaunseling mengikut temujanji

MSM POZ Program, PT Foundation
No. 7C/1 Jalan Ipoh Kecil
Off Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
T: +603 4044 4611

Program Kaunseling Telefon, PT Foundation
T: +603 4044 5455
Isnin, 7.30mlm – 9.30mlm

HUBUNGI KAMI