CHEM FUN (CF)
Penggunaan dadah semakin meningkat dalam komuniti kita, terutamanya untuk tujuan rekreasi. Ada yang mungkin menggunakan dadah rekreasi untuk meningkatkan tahap kepuasan semasa seks. Amalan ini dikenali sebagai chem fun (CF). Ia juga dikenali dengan pelbagai gelaran lain seperti “chem sex”, “chem”, “party and play”, atau “high fun”.
Dadah yang biasa digunakan untuk “chem fun” termasuklah metamfetamina (“ice, syabu, Tina, Elsa”), Ecstasy dan GHB (“G water”), tapi a juga jenis dadah lain yang turut digunakan seperti kokaina, ganja dan poppers.
Penggunaan dadah rekreasi adalah salah di sisi undang-undang. Walaupun anda sangat tidak digalakkan melakukannya, kami menggalakkan anda untuk bersiap sedia sebelum anda menjadi ketagihan dan hilang pertimbangan. Jika anda terlibat dalam chem fun, pastikan yang anda melakukannya dengan bertanggungjawab.
Menjadi khayal semasa melakukan seks menjejaskan pertimbangan anda dan berpotensi menjerumuskan anda untuk terlibat dengan perlakuan seksual yang sangat berisiko tinggi, atau terlupa menggunakan perlindungan. Ingatlah untuk sentiasa peka dengan persekitaran anda, dan meletakkan kondom dan pelincir di tempat yang mudah dilihat dan diambil oleh semua orang.
CF DAN KESIHATAN ANDA
Jika anda kerap mengambil bahagian dalam chem fun, kami amat menggalakkan anda merancang pemeriksaan STI setiap 1 hingga 3 bulan sekali. STI amat mudah berjangkit, dan mempunyai STI yang tidak dirawat boleh meningkatkan risiko anda dijangkiti HIV. Lihat tempat-tempat yang menawarkan pemeriksaan ini dalam Clinic Finder kami.
Baca lagi
Kami sedar yang untuk sesetengah orang, pengabaian penggunaan kondom mungkin merupakan keputusan yang akan dibuat ketika anda khayal. Kami amat menggalakkan supaya anda sekurang-kurangnya mengambil PrEP, yang mengurangkan risiko dijangkiti HIV sebanyak 92% apabila melakukan persetubuhan dubur (anal sex). Ambil perhatian yang walaupun PrEP melindungi anda daripada HIV, ia tidak melindungi diri anda daripada STI. Baca lebih lanjut berkaitan PrEP di sini, atau gunakan Pencari Klinik kami untuk mencari di mana anda boleh mendapatkan PrEP.
Jika anda rasa yang anda mungkin telah terdedah kepada HIV melalui seks dubur tanpa kondom, anda boleh mengurangkan risiko mendapat HIV dengan mengambil PEP. Memandangkan PEP hanya akan berkesan jika ia dimulakan dalam tempoh 72 jam selepas pendedahan, adalah sangat penting untuk anda mendapatkan nasihat daripada penyedia penjagaan kesihatan berkaitan PEP serta merta setelah anda syak anda terdedah. Baca lebih lanjut berkaitan PEP di sini.
Jika anda menyuntik dadah (‘slamming’), jangan sesekali berkongsi peralatan penggunaan dadah seperti picagari, jarum dan objek tajam lain bersama orang lain. HIV boleh hidup dalam picagari atau jarum terpakai sehingga 42 hari, dan menggunakannya semula meletakkan diri anda pada risiko yang tinggi kepada jangkitan. Sentiasa gunakan peralatan anda sendiri. Di samping itu, pertimbangkan juga pengambilan PrEP, kerana ia boleh mengurangkan risiko jangkitan HIV melalui slamming sehingga 70%.
Kementerian Kesihatan dan Majlis AIDS Malaysia mempunyai program penukaran jarum, di mana anda boleh mendapatkan bantuan dan nasihat berkaitan penukaran jarum terpakai dengan yang baru, melupuskan peralatan lama, dan amalan seks yang lebih selamat. Cari lebih lanjut maklumat berkaitan program tersebut di sini.
Simpan sebahagian perlindungan bersama anda untuk masa yang anda perlukannya. Simpan stok Take Charge Today Fun Pack yang mengandungi semua yang anda perlukan bagi sesi-sesi yang dirancang pada saat akhir. Berminat? Hubungi kami melalui Live Chat.
Berhenti menggunakan dadah
Kami faham bukan mudah untuk terus berhenti daripada dadah. Oleh itu, adalah sangat penting anda yang memulakan inisiatif anda sendiri. Bantuan sentiasa tersedia – rawatan perubatan dan terapi ada tersedia di perkhidmatan penjagaan kesihatan kerajaan dan swasta. Jika anda memilih untuk menguruskan hal ini sendiri, banyak sumber bacaan tentang penggunaan yang bertanggungjawab tersedia atas talian.
Baca lagi
The journey to sobriety is not easy, but you don’t have to go through it on your own. In Malaysia, support, counselling and rehabilitation services are available from the following providers:
Narcotics Anonymous (NA) Malaysia
National Anti-Drugs Agency (AADK) rehabilitation clinics and centres:
Cure & Care Rehabilitation Centres (CCRC)
Ministry of Health (MOH) methadone clinics and treatment centres
Alcoholics Anonymous (AA) Malaysia
T: +60 16 670 1595
Befrienders Kuala Lumpur
T: +60 3 7956 8145
FREQUENTLY ASKED QUESTIONS
blank
Bagaimana saya boleh mengurangkan risiko dijangkiti HIV melalui penggunaan dadah?
Anda patut sentiasa menggunakan peralatan anda sendiri semasa mengambil dadah, dan tidak berkongsi dengan orang lain. Yang paling penting, jangan berkongsi picagari, jarum atau objek tajam lain untuk mengelakkan pencemaran darah. Kendalikan dan buang objek tajam dengan cara yang betul dan selamat jika menggunakannya.
Apabila melakukan chem fun, sentiasalah peka dengan situasi dan persekitaran anda. Simpan stok kondom dan pelincir di tempat yang mudah dilihat dan mudah diambil, dan gunakannya ketika ingin bersetubuh, tidak kisah jika anda seorang top, bottom atau versatile.
Jika anda tidak menggunakan kondom ketika mengambil bahagian dalam CF, pertimbangkan untuk mengambil PrEP. Penggunaan PrEP harian mengurangkan risiko jangkitan HIV melalui seks sehingga 92%. PrEP On Demand juga boleh mengurangkan risiko ini. Klik sini untuk membaca lebih lanjut berkaitan PrEP.
Bagaimanakah saya boleh menggunakan dadah rekreasi atau mengambil bahagian dalam CF secara bertanggungjawab?
Apabila menggunakan dadah rekreasi atau mengambil bahagian dalam CF, ambil beberapa langkah ini bagi melindungi diri anda dan orang lain ketika sesi-sesi tersebut:
- Ketahui tahap toleransi anda bagi setiap dadah yang anda gunakan, dan jangan melebihinya. Jika anda tidak pasti, ambil ia secara perlahan-lahan dan berhenti serta merta jika anda berasa tidak selesa.
- Jangan campurkan dadah dengan arak atau dadah yang berlainan jenis, kerana ini mungkin boleh menyebabkan overdose atau berpotensi memberi kesan sampingan yang membawa maut.
- Apabila mengambil bahagian dalam CF, sentiasa berjaga-jaga dan peka dengan apa yang berlaku di sekeliling anda, atau pastikan anda melakukannya bersama pasangan yang anda percayai boleh menjaga keselamatan orang lain.
- Dalam kes kecemasan perubatan seperti keadaan disyaki overdose, telefon ambulans di 999 serta merta. Jika mangsa masih sedar, hubungi orang yang dipercayai untuk membantu membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.
Berapa lamakah sesi CF boleh berlangsung?
Cuba hadkan setiap sesi untuk kurang daripada 8-9 jam. Sesi yang panjang boleh merosakkan tubuh anda, dan juga menyebabkan kecederaan kecil pada kemaluan dan dubur anda di mana ianya meninggikan risiko untuk mendapat jangkitan HIV dan STI. Ingat untuk berhenti rehat daripada beraksi, walaupun anda tidak terasa penat.
Saya hanya menggunakan dadah semasa saya melakukan seks - OK ke?
Penggunaan dadah rekreasi semasa seks boleh menyebabkan anda menjadi bergantung kepadanya, dan anda mungkin akan mendapati lama-kelamaan anda tidak berkeupayaan untuk berfungsi secara seksual tanpa dadah itu.
Berada di bawah pengaruh dadah rekreasi semasa melakukan hubungan seks mungkin akan menyebabkan anda mengabaikan perlindungan, seterusnya mendedahkan diri anda kepada HIV dan STI. Selalulah menyimpan kondom dan pelincir di tempat yang mudah diambil dan gunakanlah ia.
Jika saya mempunyai masalah kesihatan, adakah penggunaan dadah rekreasi akan memberi kesan kepadanya?
Penggunaan dadah rekreasi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang sedia ada menjadi lebih teruk. Jika anda berasa bimbang, dapatkan nasihat pakar perubatan atau cari satu berdekatan anda menggunakan Pencari Klinik kami.
Bolehkah dadah rekreasi bertindak balas dengan ubat bagi masalah kesihatan yang lain?
Mencampur dadah rekreasi dengan ubat preskripsi boleh menyebabkan pelbagai jenis interaksi yang sangat bahaya dan mungkin boleh membawa maut. Jika bimbang, rujuk kepada risalah maklumat ubat anda, dapatkan nasihat pakar perubatan, atau cari seorang yang berhampiran anda menggunakan Pencari Klinik kami
Saya sedang mengambil ubatan HAART/PrEP/PEP. bolehkah dadah rekreasi bertindak balas dengan ubatan saya itu?
Dalam kajian, HAART, PrEP dan PEP setakat ini tidak menunjukkan tindak balas dengan penggunaan dadah rekreasi. Namun begitu, ingat bahawa berada dalam pengaruh dadah rekreasi mungkin akan menyebabkan anda mengabaikan dos-dos ubatan yang telah dijadualkan, mempengaruhi pematuhan anda dan mengurangkan keberkesanan rawatan anda.
Saya sedang mengambil ubatan bagi masalah darah tinggi (hypertension). Bolehkah dadah rekreasi berinteraksi dengannya?
Perubatan untuk penyakit darah tinggi bekerja dengan menurunkan tekanan darah. Penggunaan dadah rekreasi akan melawan kesan ini dengan meningkatkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung, sangat berpotensi untuk menjurus kepada kematian yang berkaitan dengan tekanan darah ringgi seperti sakit jantung atau strok. Jika bimbang, rujuk risalah maklumat preskripsi, dapatkan nasihat daripada pakar perubatan, atau cari seorang berhampiran anda menggunakan Pencari Klinik kami.
Bolehkah saya mencampurkan dadah rekreasi dengan Viagra atau Cialis?
Penggunaan ubatan bagi rawatan mati pucuk seperti sildenafil (Viagra) dan tadalafil (Cialis) adalah semakin menjadi kebiasaan semasa sesi-sesi CF. Penggunaannya secara bersama dengan dadah rekreasi boleh menjurus kepada kesan sampingan yang boleh membawa maut seperti sakit jantung.
Saya baru perasan penggunaan dadah rekreasi saya telah meningkat. Apa yang patut saya buat?
Tahniah kerana berjaya mengesan corak peningkatan dalam penggunaan dadah anda, dan berniat untuk melakukan sesuatu berkaitannya.
Penggunaan dadah rekreasi secara berpanjangan boleh menjurus kepada keadaan kebergantungan dan penafian. Ini mungkin berlaku kerana tekanan daripada rakan sebaya, atau rasa gian yang timbul daripada penagihan yang mula terbina.
Adalah dicadangkan anda menjejak penggunaan dadah rekreasi anda menggunakan log. Jika anda mendapati ada peningkatan kadar dalam penggunaan, itu menunjukkan tanda ketagihan yang mula terbina. Bantuan sentiasa ada – tempat pertama untuk mendapatkan bantuan ialah perkhidmatan kaunseling dadah atau kumpulan sokongan.
Saya mengalami gejala withdrawal setiap kali saya tidak menggunakan dadah rekreasi. Apa yang patut saya buat?
Gejala withdrawal adalah perkara biasa terjadi ketika anda berhenti menggunakan dadah, walaupun untuk tempoh yang sekejap. Menjangkakan apakah gejala yang anda akan alami boleh membantu anda menguruskannya.
Selepas setiap sesi CF, ambillah masa untuk menenangkan fikiran dan tubuh anda. Detoks tubuh anda melalui aktiviti sihat seperti bersenam, dan makan makanan menyihatkan dan pastikan anda cukup minum air.
Jangan mengurangkan gejala withdrawal itu dengan mengambil lebih dadah – ia hanya akan membantu anda untuk tempoh yang singkat sebelum anda mula mengalami gian itu sekali lagi.
Saya hanya menggunakan poppers semasa seks. Adakah ia selamat?
Walaupun poppers tidak memberikan ketagihan, penggunaannya semasa seks mendatangkan beberapa bahaya kesihatan.
Bahan kimia yang ada di dalam poppers boleh memberikan anda “rush” serta merta yang disebabkan oleh saluran darah di dalam badan yang mengembang. Apabila ini berlaku, kadar denyutan jantung dan aliran darah akan meningkat manakala tekanan darah anda akan menurun.
Sesetengah orang akan mengalami ringan kepala, mual, pitam atau mabuk disebabkan menyedut poppers dan ada yang lain mungkin mengalami sakit kepala yang sangat teruk selepas menggunakannya. Penggunaan yang terlalu kerap dan berpanjangan boleh menyebabkan kerosakan kepada otak, mata, paru-paru dan kulit di sekitar kawasan yang terdedah kepada wapnya.
Jangan menelan poppers, kerana bahan kimianya sangat toksik. Jangan menggunakan poppers jika anda mengambil ubatan yang memberi kesan kepada tekanan darah anda, seperi ubat darah tinggi atau ubat mati pucuk, kerana ianya boleh berinteraksi menghasilkan kesan sampingan yang sangat berbahaya.
Saya telah dijemput untuk menyertai sesi CF untuk kali pertama. Patutkah saya pergi?
Chem fun ialah aktiviti yang meletakkan diri anda pada risiko yang tinggi untuk mendapat pendedahan kepada HIV dan STI, dan ia boleh menyebabkan anda menjadi ketagih kepada dadah. Seterusnya, ia akan menyebabkan pelbagai jenis akibat buruk jangka masa pendek dan jangka masa panjang ke atas kesihatan fizikal dan mental anda. Oleh itu, anda patut cuba mengelakkan diri dari terlibat dalam sesi CF.
Saya seorang top, dan saya tidak dapat kekal "keras" semasa menggunakan kondom ketika sesi CF. Apa yang patut saya buat?
Sesetengah orang akan mendapati sukar untuk mereka menggunakan kondom ketika sesi CF, kerana ketika dalam keadaan khayal, perasaan enak “mendayung” hilang akibat sensasi deria yang telah berkurangan. Namun, perlu ingat hanya kondom sahaja yang boleh melindungi anda daripada STI, maka adalah sangat penting untuk anda menggunakannya.
Untuk melindungi diri anda daripada terdedah kepada HIV, pertimbangkan untuk mengambil PrEP, yang boleh mengurangkan risiko jangkitan sehingga 92%.
Saya dan pasangan saya menggunakan PrEP, dan kami ingin melakukan sesi CF tanpa kondom. Boleh ke?
Hebat kerana anda dan pasangan anda telah mengambil tanggungjawab ke atas kesihatan anda dengan menggunakan PrEP! Pastikan anda faham PrEP tidak melindungi anda daripada STI, oleh itu anda juga patut juga memastikan anda dan pasangan anda bebas STI juga. Jika bimbang, tegaskan untuk menggunakan kondom.
Namun begitu, ingat yang penggunaan dadah rekreasi, semasa melakukan hubungan seks atau bukan, ialah perbuatan yang berbahaya. Jika anda rasa yang ini mungkin menjadi masalah, berbincanglah dengan doktor atau berjumpalah dengan pakar kesihatan seksual.
Adakah PrEP melindungi diri saya daripada HIV jika saya menyuntik dadah?
Ya. Selain melindungi anda daripada terdedah melalui seks, PrEP juga melindungi tubuh daripada HIV melalui pendedahan suntikan dadah dengan jarum yang tercemar.
Namun begitu, ambil perhatian bahawa suntikan dadah membawa risiko yang lebih tinggi untuk jangkitan HIV berbanding hubungan seks. Walaupun PrEP terbukti melindungi pendedahan HIV melalui suntikan dadah, keberkesanannya adalah pada tahap 70% sahaja.
Jika anda menyuntik dadah, cara terbaik ialah mensterilkan jarum dan tidak berkongsi dengan orang lain.
Adakah menyuntik dadah selamat jika kami tidak berkongsi jarum?
Walaupun anda tidak berkongsi jarum ketika menyuntik dadah, ianya adalah tidak digalakkan kerana ada potensi untuk terlebih dos. Elakkan selagi anda mampu, dan sentiasa beringat untuk membawa peralatan anda sendiri.
Berapa lamakah tempoh comedown, dan apa yang saya patut buat?
Tempoh untuk reda dari penggunaan dadah (atau comedown) bergantung kepada jumlah dadah yang diambil dan keadaan tubuh fizikal penggunanya – ianya mungkin mengambil masa 2-7 hari atau lebih lama.
Anda patut cuba sedaya upaya mengendalikan tempoh reda secara semula jadi tanpa menggunakan bahan-bahan perangsang lain, atau bantuan perubatan seperti ubat tidur. Ambil masa untuk memulihkan tubuh anda dengan detoks, makan secara sihat, sentiasa minum air yang cukup, dan mendapatkan rehat yang cukup dan bertenang.
Saya mengalami kebimbangan ketika saya meredakan diri dari dadah. Apa yang patut saya buat?
Mengalami kebimbangan ketika tempoh reda boleh menjadi amat teruk, tetapi ia adalah sebahagian proses yang normal ketika otak anda sedang mengimbangi semula komponen kimia di dalamnya.
Ketika proses meredakan diri ini, ambil masa untuk menenangkan badan dan minda dengan berehat. Ambil maklum berapa lamakah dan berapa teruk perasaan kebimbangan itu berlangsung. Sekiranya ia berlanjutan melebihi tempoh reda yang biasa atau anda ada mengalami kesan sampingan fizikal, dapatkan nasihat pakar perubatan
Apakah kesan jangka panjang penggunaan dadah?
Penggunaan dadah rekreasi mempunyai pelbagai kesan jangka panjang yang berbeza.
Penggunaan dadah secara berterusan boleh menyebabkan kerosakan organ tubuh seperti jantung, hati dan buah pinggang. Tubuh anda juga boleh membina tahap
toleransi kepada dadah yang anda ambil menyebabkan anda mungkin terpaksa meningkatkan penggunaan untuk mencapai paras khayal yang sama. Penggunaan dadah secara jangka panjang secara jelas telah terbukti dihubungkan dengan masalah psikologi dan mood yang tidak normal seperti kemurungan, kebimbangan dan rasa paranoid.
Seorang pakar perubatan boleh membantu anda memahami impak jangka panjang penggunaan dadah kepada tubuh anda – dapatkan nasihat dengan seorang yang anda boleh percayai, atau guna Pencari Klinik kami untuk mencari seorang berhampiran anda.
Saya belum lagi mengambil PrEP. Adakah langkah perlindungan sementara melindungi HIV yang boleh saya ambil jika saya tahu saya akan melakukan seks dubur tanpa kondom?
Satu set rawatan PrEP On Demand yang dimulakan 2 hingga 24 jam sebelum seks, boleh membantu mengurangkan risiko anda. Baca lebih lanjut berkaitannya di sini.
Saya rasa saya telah terdedah dengan HIV, tapi saya tidak pasti status seksual pasangan saya. Apa yang patut saya buat?
Jika anda fikir telah terdedah dengan HIV, jangan risau – satu set rawatan Post- exposure prophylaxis (PEP) yang diambil dalam tempoh 72 jam setelah terdedah boleh menurunkan risiko anda dijangkiti HIV. Baca lebih lanjut berkaitannya di sini.
Saya ingin berhenti menggunakan dadah - apa yang patut saya buat?
Berhenti menggunakan dadah bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan, dari segi fizikal dan mental. Tetapi bantuan sentiasa ada.
Satu perbincangan dengan doktor anda atau klinik komuniti tentang rawatan penyalahgunaan dadah perlu menjadi keutamaan pertama dalam senarai tindakan anda. Setiap orang bertindak balas kepada dadah secara berlainan, dan amat penting untuk anak mempunyai pelan tindakan yang dibuat khas bagi situasi anda. Berjumpalah dengan doktor yang anda percaya atau gunakan Pencari Klinik kami untuk mencari seorang doktor atau perkhidmatan kaunseling berhampiran anda.
Saya telah berhenti menggunakan dadah rekreasi, tapi saya masih mempunyai keinginan untuk mengulanginya lagi pada setiap masa. Apa yang patut saya buat?
Mengalami gian untuk mengulangi penggunaan dadah adalah perkara normal dalam proses penyembuhan penyalahgunaan dadah. Ia boleh datang dalam keadaan anda tidak menjangkakannya, atau ketika anda berada dalam keadaan lemah, dan mula meyakinkan anda untuk kembali ke tabiat lama dan merosakkan segala usaha yang telah dilakukan dalam pemulihan.
Langkah-langkah berikut boleh membantu anda dalam menangani keinginan yang tiba-tiba datang itu:
- Lawanlah kehendak itu dengan memberikan pertimbangan fikiran kepada diri anda sendiri. Ingatkan diri anda sebab-sebab mengapa anda ingin berhenti, dan ambil masa untuk melihat di luar kotak berkenaan situasi anda.
- Alihkan perhatian dengan mencari dan melakukan hobi-hobi berfaedah atau melakukan aktiviti sihat yang anda seronok lakukan.
- Sesetengah orang ada pencetus tertentu yang mengingatkan mereka kepada pengalaman dadah mereka yang silam. Mengetahuinya boleh membantu anda menangani perasaan keinginan itu, merancang bagaimana untuk mengendalikannya ketika anda mula mengidam, dan membenarkan anda mengelakkan punca-punca pencetus selagi mampu yang boleh.
- Hubungi orang yang anda boleh percayai untuk berbincang tentang penggunaan dadah anda. Mereka boleh membantu memberikan perspektif berbeza berdasarkan situasi dan mencadangkan kepada anda cara-cara penyelesaian untuk meredakannya.
Ikuti kami di: